Peniaga Plaza Mahkota kembali bernafas - Utusan Malaysia

Peniaga Plaza Mahkota kembali bernafas

Tiga pekerja Restoran Asam Pedas JR sedang membersihkan ruang kedai di Medan Selera Pahlawan Walk, Bandar Hilir, Melaka. UTUSAN /AMRAN MULUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kawasan tumpuan pelancongan di Plaza Mahkota, Bandar Hilir dekat sini yang sebelum ini bagaikan padang jarak padang tekukur ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan dan Pergerakan (PKP) sejak 13 Januari lalu, kini kembali bernafas.

Sejak hampir tiga minggu lalu, seluruh perniagaan di sini seperti butik, kedai cenderamata, kedai gunting rambut, restoran, kedai aksesori wanita, hotel bajet dan sebagainya tidak beroperasi kerana ketiadaan orang.

Ini disebabkan kawasan tersebut pada kebiasaannya hanya dikunjungi pelancong kerana berdekatan dengan Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Menara Taming Sari, Kota A’ Famosa, Bot Melaka Rivercruise dan Dataran Pahlawan.

Namun, apabila kerajaan mengumumkan beberapa sektor ekonomi dibuka semula termasuk pengusaha premis makanan sudah dibenarkan untuk menerima pelanggan makan di kedai, ia sudah cukup melegakan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, beberapa premis kedai makan yang terkenal dalam kalangan pelancong seperti Asam Pedas J.R., Selera Kampung, Asam Pedas T.J. dan Nasi Minang Bukit Tinggi telah mula menjalankan kerja-kerja membersih premis masing-masing.

Tidak kurang juga, pengusaha sudah mula membeli barangan mentah seperti ikan, sayur, cili, bawang dan sebagainya untuk membuka perniagaan masing-masing mulai hari hari ini.

Pengusaha Selera Kampung, Saharuddin Mohd. Nor berkata, pengumuman kerajaan itu merupakan satu rahmat untuk dia kembali membuka perniagaan.

“Kini kita ada pilihan untuk buka perniagaan semula. Ba­yangkan tiga minggu bisnes tak jalan. Tidak ada pendapatan nak bayar sewa bangunan, bayar gaji pekerja dan perbelanjaan sendiri.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya