Pengasas ‘Sugarbook’ ditahan di sebuah kondominium

Pengasas ‘Sugarbook’ ditahan

SUSPEK pengasas Sugarbook tiba di Mahkamah Shah Alam, Selangor hari ini untuk pemohonan reman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan merupakan pengasas ‘Sugarbook’ di Kuala Lumpur semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan perkarangan sebuah kondominium di Kuala Lumpur kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, penahanan itu dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan IPD Shah Alam.

“Suspek yang ditahan beralamat di Minden Height Gelugor, Pulau Pinang akan direman pagi ini di Mahkamah Shah Alam.

“Siasatan awal mendapati suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook. Setakat ini, kita menerima 74 laporan yang diterima di seluruh negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya lagi, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi dengan tangan bergari dan dikawal anggota polis.

Sebelum ini, media melaporkan Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia di belakang India dan Indonesia bagi negara yang mempunyai bilangan ‘sugar daddy’ paling ramai melalui aplikasi terbabit, yang menyediakan platform mencari perempuan simpanan atau lebih dikenali sebagai ‘sugar baby’. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya