PUTRAJAYA: Kira-kira 4,200 vaksinator atau pemvaksin dalam kalangan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjadi kumpulan terawal diberikan vaksin sebelum mereka melaksanakan tugas di bawah Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada rakyat bermula 26 Februari ini. Vaksinator berkenaan adalah daripada 500,000 petugas barisan hadapan yang juga menjadi kumpulan pertama penerima vaksin pada fasa pertama. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, semua pemvaksin dan 500,000 petugas barisan…










