Makan besar satukan keluarga Norhana - Utusan Malaysia

Makan besar satukan keluarga Norhana

NORHANA Ng Abdullah, 63, bersama tiga anak dan menantunya meraikan tradisi makan besar secara dalam talian sempena Tahun Baharu Cina bersama enam adik-beradiknya termasuk yang berada di London, United Kingdom, Filipina dan Selangor di Kampung Pengkalan Maras di Kuala Nerus, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Kekangan jarak di samping pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang seorang mualaf di Kampung Pengkalan Maras di sini untuk meneruskan tradisi makan besar sempena Tahun Baharu Cina bersama keluarga secara panggilan video.

Lebih istimewa, makan besar dianjurkan Datin Norhana Ng Abdullah, 63, yang memeluk Islam sejak 37 tahun lalu turut disertai enam adik-adiknya termasuk tiga yang berada di London, United Kingdom, di samping seorang di Filipina dan dua di Kajang, Selangor.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Terengganu berkata, sambutan secara sederhana itu tetap terasa meriah apabila mereka sekeluarga berpeluang makan besar bersama dan berbual mesra dengan insan tersayang walaupun secara dalam talian.

Menurut ibu tunggal kepada empat anak itu, lazimnya setiap kali Tahun Baharu cina dia bersama keluarga berkumpul di rumah adik kelimanya, Ng Gin Tin, 50-an, di Kajang di samping adik bongsu, Ng Sun Lee yang tinggal berdekatan di situ.

“Kita jarang dapat berkumpul kesemua tujuh beradik sebab masing-masing berjauhan dan jika sebelum ini cuma kami di Malaysia yang membuat panggilan video dengan adik-adik di luar negara setiap kali raya tetapi kini kami semua terpaksa melakukan cara sama.

“Walaupun kedua ibu bapa sudah meninggal sejak hampir 40 tahun lalu tetapi perbezaan agama tidak menghalang saya untuk bersama-sama meraikan Tahun Baharu Cina bersama adik-beradik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Norhana, sambutan makan besar di rumahnya turut disertai tiga anaknya, Nur Dini Mohamed Anuar, 25; Muhamad Faiz, 23, dan Noraishah Mohamed Anuar, 27, di samping menantu, Muhamad Faris Hadi Zulkiflee, 27, dan cucu yang berusia tiga hari, Amelia Arissa Liyanne.

Katanya, enam adik-adiknya beragama Kristian dan Buddha dan setiap kali perayaan, mereka akan meraikannya bersama. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya