LPP harap kerajaan tidak terlepas pandang isu harga dedak - Utusan Malaysia

LPP harap kerajaan tidak terlepas pandang isu harga dedak

PENANAM sayur, Latif Taib, 70, menerima bantuan diserahkan Dr. Nik Muhammad Zawawi di PPK Semerak, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kerajaan diharap tidak terlepas pandang terhadap masalah disuarakan golongan penternak terutama isu kenaikan harga dedak yang dikatakan melambung tinggi ketika ini.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, kenaikan harga tersebut berlaku akibat kekurangan bekalan yang tidak selari dengan permintaan semasa ketika musim penularan Covid-19.

“Saya yakin kerajaan sedang meneliti perkara ini termasuk mencari pelbagai pendekatan dan saluran bantuan yang boleh meringankan bebanan rakyat yang berlaku kesan penularan pandemik Covid-19

“Harga barangan sukar untuk dikawal pada kedudukan yang statik kerana pengilang juga menghadapi masalah mendapatkan bahan mentah terutama yang perlu diimport dari luar negara.

“Harap semua yang terkesan bersabar dan mendoakan Covid-19 segera berakhir,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Bantuan Covid-19 kepada 100 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Semerak yang terkesan.

Beliaui turut menyerahkan sumbangan berbentuk peralatan pertanian bernilai RM200,000 kepada 10 ahli PPK Unit Telaga Papan yang akan mengusahakan tanaman keledek Vitato musim ini.

Akhbar ini hari ini melaporkan desakan penternak di seluruh negara supaya kerajaan segera mengambil tindakan bagi mengawal harga dedak yang naik melampau kebelakangan ini sehingga 30 peratus berbanding harga asal.

Dalam perkembangan lain, Nik Muhammad Zawawi berkata, LPP akan memastikan kira-kira 27,900 peladang yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, ini termasuk memastikan mereka yang mengganggotai 279 PPK di seluruh negara itu menerima bantuan di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat melibatkan peruntukan lebih RM1.3 juta. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.