Laluan usul undi percaya terhadap PM - Utusan Malaysia

Laluan usul undi percaya terhadap PM

ABDUL AZIZ BARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuat kuasa sekali gus membuka laluan kepada pembangkang untuk membawa usul undi percaya terhadap Perdana Menteri.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Abdul Aziz Bari berkata, dari segi peraturan Parlimen, pembangkang boleh membawakan usul berkenaan asalkan tidak diganggu oleh Speaker.

“Pembangkang boleh membawa usul undi percaya asalkan Speaker tidak kacau. Itu bukan undang-undang pun, tapi cuma aturan mesyuarat.

“Tak ada siapa termasuk mahkamah yang boleh dictate atau menentukan apa yang boleh dan apa yang tak boleh Parlimen buat. kalau majoriti ahli Parlimen tak suka Speaker, dia boleh disingkirkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Aziz yang juga Ketua Pembangkang DUN Perak berkata, setelah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan bahawa Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat, maka persidangan harus segera diadakan.

Ditanya jika persidangan Parlimen dibuat berdasarkan pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai atas nasihat Perdana Menteri seperti yang dizahirkan Agong akan menyebabkan persidangan terus tertangguh, Abdul Aziz berkata, logiknya memang ada.

“Kalau sudah Agong yang menitahkan perkara itu, takkan Perdana Menteri yang majoritinya meragukan nak buat sesuka hati,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.