KUALA LUMPUR: Isu pembahagian kerusi dalam kalangan parti Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sekali lagi mencetuskan tanda tanya. Terbaharu, timbul desas-desus kononnya UMNO hanya layak diberi 56 kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Bagaimanapun, perkara tersebut menerima reaksi berbeza daripada Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber mempersoalkan cara pembahagian kerusi tersebut dibuat dan menyifatkannya sebagai melampau sekiranya benar. “Adakah PN rasa mereka…










