Kebakaran kabel elektrik, Jambatan Pulau Pinang masih selamat - Utusan Malaysia

Kebakaran kabel elektrik, Jambatan Pulau Pinang masih selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Pengendali Jambatan Pulau Pinang, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memberi jaminan keseluruhan struktur jambatan tersebut masih kukuh dan selamat kepada pengguna susulan insiden kebakaran kabel elektrik di Kilometer 3.2 jambatan itu, semalam dan berulang pagi ini.

PLUS dalam satu kenyataan memaklumkan, lorong kanan di kedua-dua arah berdekatan lokasi kejadian bagaimanapun ditutup untuk beberapa hari bagi membolehkan pihak berkuasa melakukan siasatan lanjut.

Menurut kenyataan itu, sepanjang tempoh tersebut, PLUS menggalakkan orang ramai menggunakan jambatan kedua atau Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk mengelakkan kesesakan disebabkan penutupan lorong tersebut.

“PLUS juga terus menyalurkan maklumat trafik terkini menerusi paparan papan tanda elektronik di lokasi strategik di lebuh raya dan di dalam media sosial seperti Twitter PLUSTrafik,” kata kenyataan itu hari ini.

Pengguna digalakkan memuat turun aplikasi PLUS di telefon pintar dan berinteraksi dengan Chatbot pertama lebuh raya iaitu PUTRI untuk mendapatkan maklumat trafik.

Semalam, Jambatan Pulau Pinang mengalami kesesakan selepas pengguna melihat asap keluar menerusi jeriji besi di tengah jalan kira-kira pukul 4 petang.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, kejadian berlaku berikutan terdapat kebakaran kabel elektrik di bawah jambatan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya