KDNK 2020 susut 5.6%, terendah sejak 1998 - Utusan Malaysia

KDNK 2020 susut 5.6%, terendah sejak 1998

Sebagai negara berpenduduk sederhana, syarikat-syarikat Malaysia memerlukan pasaran yang lebih luas untuk berkembang. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KU SYAFIQ KU FOZI
[email protected]

PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2020 menyusut 5.6 peratus, menjadikannya catatan terendah ekonomi negara sejak penyusutan 7.4 peratus pada 1998.

Penyusutan itu juga lebih tinggi berbanding unjuran kerajaan yang meletakkannya pada 3.5 hingga 5.5 peratus.

Perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin dalam sidang akhbar maya Bank Negara Malaysia (BNM) tentang pengumuman data KDNK suku keempat 2020 hari ini.

Sidang akhbar tersebut dipengerusikan secara bersama oleh Mohd. Uzir dan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd. Yunus.

Selain itu, turut diumumkan ialah KDNK untuk suku keempat 2020 yang menyaksikan penguncupan lebih besar kepada 3.4 peratus, berbanding penguncupan 2.6 peratus pada suku ketiga 2020.

Ia berikutan sekatan pergerakan yang lebih ketat pada penghujung tahun lalu yang memberikan kesan kepada usaha pemulihan ekonomi.

Ini merupakan penguncupan untuk suku ketiga berturut-turut apabila negara mencatatkan KDNK terburuk pada suku kedua tahun lalu dengan ekonomi menguncup 17.1 peratus.

Secara bulan ke bulan, KDNK menyusut 4.7 peratus pada Oktober, 4 peratus pada November sebelum berkembang pada Disember sebanyak 1.7 peratus. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya