Janna Nick mohon maaf - Utusan Malaysia

Janna Nick mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon terkenal, Janna Nick, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan isu kapsyen mempersenda salah seorang ahli anggota kumpulan popular di Korea Selatan, Blackpink, Lisa Manoban yang tular baru-baru ini.

“Saya sebagai pengarah dan produser untuk telefilem Delen mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada semua yang terasa hati dan terguris hati akan kapsyen tersebut,” jelasnya menerusi satu sidang media secara virtual.

Pelakon drama Semerah Cinta Humairah turut menjelaskan, pihaknya juga telah mengambil tindakan polis dan undang-undang terhadap individu yang memulakan provokasi dan fitnah, namun setakat ini kes masih dalam siasatan.

“Saya terpaksa mengambil serius perkara ini sebab video itu ditularkan semula selepas tiga tahun dan saya sama sekali tidak akan mempermainkan isu sebegini, tidak mungkin datang daripada mulut saya sendiri. Disebabkan itu saya dituduh tidak menghormati kematian orang bukan Islam dan tidak sensitif.

“Berkenaan komen kepada ustaz itu pula, saya rasa betul-betul terasa difitnah dan teraniaya kerana ayat ini langsung tidak keluar daripada mulut saya malah tidak dinyatakan di dalam akaun media sosial.

“Disebabkan itu saya telah menerima banyak kecaman termasuk ugutan bunuh, justeru saya terpaksa mengambil tindakan polis,” jelasnya ditemani peguam Ben Syazmin daripada Tetuan Tan Norizan & Associates.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.