Jangan terpedaya ‘scammer’ mengaku pegawai LHDNM - Utusan Malaysia

Jangan terpedaya ‘scammer’ mengaku pegawai LHDNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 18 kes berkaitan sindiket penyamaran pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerugian RM636,000 direkodkan sejak 1 Januari hingga Selasa lalu.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan agar berwaspada dengan kegiatan sindiket yang menyamar sebagai pegawai LHDNM bagi memperdaya mangsa.

LHDNM dalam satu kenyataan berkata, taktik sindiket dengan menakutkan mangsa menyebabkan mereka panik sehingga mengambil tindakan terburu-buru menyerahkan butiran peribadi dan perbankan.

“Malah ada yang secara sukarela membuat bayaran wang tunai kepada ahli sindiket.

“Orang ramai perlu lebih peka dan sentiasa menasihatkan ahli keluarga serta masyarakat sekeliling berkenaan perkara ini supaya dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

LHDNM turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan jangan mudah terpedaya serta mendapatkan pengesahan dengan LHDNM terlebih dahulu terhadap setiap panggilan, emel mahupun mahupun surat yang meragukan.

Tambahnya, mereka boleh menghubungi talian Hasil Care Line atau talian pegawai yang boleh disemak senarainya pada portal rasmi www.hasil.gov.my atau hadir ke cawangan LHDNM berhampiran.

“Di samping itu, orang ramai juga boleh membuat semakan modus operandi sindiket penipuan ini di laman sesawang rasmi LHDNM.

“LHDNM sentiasa melakukan usaha yang perlu dalam memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya sentiasa cakna atau ambil tahu isu berkaitan aktiviti scammer ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya