Isu Sungai Kereh: Penguatkuasa didakwa menyebelahi pencemar sungai - Utusan Malaysia

Isu Sungai Kereh: Penguatkuasa didakwa menyebelahi pencemar sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KEPALA BATAS: Pihak berkuasa di negeri ini didakwa menyelebahi pihak yang mencemarkan sungai yang menjadi punca isu isu pencemaran Sungai Kereh di sini sejak lebih 40 tahun lalu.

ZIKRULLAH ISMAIL

Pengerusi Pertubuhan Lestari Khazanah Alam (Lekas), Zikrullah Ismail berkata, pihak terbabit seolah-olah terlalu menyebelahi pencemar sungai dan tidak mengambil berat soal kesengsaraan yang dialami pesawah, nelayan serta penduduk sekitar berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Kepala Batas di sini, semalam berhubung perkara tersebut sebagai komitmen berterusan Lekas dalam menangani isu alam sekitar terbabit.

“Segala bukti daripada Lekas telah dikemukakan (ketika laporan polis dibuat) dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan kerana perbuatan itu (pencemaran sungai) telah memutuskan bekalan air untuk tujuan pertanian, makanan dan minuman manusia dan haiwan atau dalam menjalankan sebarang pengeluaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zikrullah, Lekas akan terus membuat susulan terhadap perkembangan kes itu secara perundangan sehingga pihak yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan.

Penjelasan lanjut mengenai isu pencemaran sungai itu boleh ditonton menerusi video ‘The Sungai Kereh Story’ di saluran YouTube Lekas Production ketika ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya