Ismail Kijo meninggal dunia - Utusan Malaysia

Ismail Kijo meninggal dunia

ALLAHYARHAM ISMAIL KIJO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo,69, meninggal dunia hari ini pada pukul 12.33 tengah hari di Hospital Sg Buloh.

Urusan pengkebumian akan diuruskan oleh pihak Kementerian Kesihatan disebabkan allahyarham disahkan positif Covid 19.

Allahyarham merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya selama tiga penggal.

Beliau memenangi kerusi DUN Lembah Jaya pada Pilihan Raya Umum 1995, 1999 dan 2004 sebelum tewas pada Pilihan Raya Umum 2008.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya