Gerakan sertai Perikatan Nasional - Muhyiddin Yassin

Gerakan sertai PN 

MUHYIDDIN Yassin menyerahkan surat penerimaan kemasukan Gerakan sebagai parti anggota PN kepada Dominic Lau di pejabat beliau di Putrajaya, hari ini. - GAMBAR FB PM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini secara rasmi diterima sebagai salah sebuah parti anggota Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penyertaan Gerakan dalam PN amat dialu-alukan dan percaya langkah itu akan memperkukuhkan PN sebagai gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat pelbagai kaum dan wilayah di Malaysia.

Beliau memberitahu, kemasukan Gerakan sebagai parti anggota PN itu diluluskan secara sebulat suara oleh Majlis Tertinggi PN.

“Hari ini saya menyerahkan surat penerimaan kemasukan Gerakan sebagai parti anggota PN kepada Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau.

“PN akan terus komited untuk membina negara Malaysia yang aman, maju, makmur dan stabil,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.  

Selain Gerakan, pada masa ini, PN dianggotai Parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) dan Parti Progresif Sabah (SAPP). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya