Tambahan dana RM5 juta kepada pejuang Covid-19 - Utusan Malaysia

Tambahan dana RM5 juta kepada pejuang Covid-19

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan awam (Cuepacs) menyambut baik inisiatif FWD Takaful Berhad yang bersetuju menyalurkan tambahan sebanyak RM5 juta bagi dana MOH FWD MY Heroes untuk petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan yang dijangkiti Covid-19.

Presidennya, Adnan Mat berkata, tuntutan dana MY Heroes yang keseluruhannya berjumlah RM10 juta itu turut dilanjutkan sehingga 31 Disember ini berikutan berlakunya peningkatan kes harian Covid-19.

“Dana ini diuruskan oleh Pusat Khidmat Tuntutan CuepacsCare dan sejumlah RM3.23 juta melibatkan 1,015 tuntutan telah dibayar kepada petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan serta ahli keluarga yang dijangkiti Covid-19 ketika bertugas,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau, peruntukan tambahan itu adalah sebagai inisiatif menyokong barisan hadapan Kementerian Kesihatan berikutan kes jangkitan harian yang bertambah sejak kebelakangan ini.

“Pembayaran ihsan dana MY Heroes sebanyak RM40,000 diberikan sekiranya berlaku kematian kepada petugas barisan hadapan disebabkan jangkitan Covid-19.

“Sejumlah RM10,000 pula dibayar sekiranya petugas dimasukkan ke wad unit rawatan api (ICU) dan RM2,000 bagi wad biasa serta RM10,000 untuk lain-lain punca kematian,” katanya.

Tambahnya, proses permohonan dana itu boleh dibuat melalui laman sesawang rasmi dan dana disalurkan dalam tempoh dua minggu daripada tarikh permohonan dibuat.

Dalam perkembangan lain, beliau mewakili kogres itu menarik semula kenyataan yang mendakwa kemungkinan wujudnya pegawai tertinggi kerajaan bertindak mensabotaj kerajaan semasa melalui pelaksanaan pekeliling perkhidmatan berkaitan penjawat awam.

“JPA juga telah menjelaskan pekeliling perkhidmatan yang dikuatkuasa telah dibentangkan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Cuepacs menerima penjelasan tersebut dengan terbuka.

“Kami juga berharap semua pihak dalam perkhidmatan awam dapat terus bekerjasama dan berada dalam hubungan tripartite antara kerajaan, majikan dan pekerja bagi memastikan sistem penyampaian kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya