Cadang peranti khas untuk PdPR - Utusan Malaysia

Cadang peranti khas untuk PdPR

ROSOL Wahid (kanan) memeriksa komputer riba di sebuah pusat penjualan dan servis komputer di Kuala Terengganu hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mencadangkan pengeluaran peranti khas yang memenuhi spesifikasi minimum bagi proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata, perkara itu bagaimanapun akan dibincangkan secara terperinci dengan Kementerian Pendidikan, Rabu ini.

Katanya, cetusan idea itu timbul bagi membantu mengurangkan beban ibu bapa yang terpaksa membeli gajet untuk keperluan persekolahan anak-anak dalam sesi PdPR.

“Kita akan mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengenal pasti spesifikasi yang dikehendaki bagi penghasilan peranti khas sama ada komputer riba atau tablet nanti.

“Sehingga ke hari ini, kita tidak boleh menentukan harga maksimum gajet untuk PdPR, jadi kita berharap cadangan tersebut dapat menyelesaikan masalah dan rungutan masyarakat berkenaan harga peranti yang meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan lawatan dan pemeriksaan di pusat penjualan dan servis komputer, Aidea.com, di sini hari ini.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, Mohd. Nurkhuzaini Abdul Rahman dan Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia.

Rosol berkata, sekiranya usaha itu berjaya, maka peranti khas tersebut dijangka dijual pada harga berpatutan dengan serendah RM2,000.

Dalam perkembangan lain, katanya, sebanyak 341 notis pengesahan maklumat barangan dikeluarkan kepada peniaga komputer dan komunikasi di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Op Catut 8.0 pada 25 Januari lalu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.