ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengesan kebanyakan mereka yang gagal membayar pinjaman bank adalah dalam kalangan peniaga dan peminjam-peminjam yang dibuang kerja selepas terkesan dengan pnademik Covid-19. Sehubungan itu, Setiausaha Kehormat Cake, Mohamad Yusrizal Yusof berkata, kerajaan perlu campur tangan bagi memastikan bank tidak `menganiaya’ mereka dengan mengenakan tindakan. “Antaranya kerajaan boleh memastikan bank tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan sita atau melelong premis, tanah dan kenderaan peminjam yang terdesak itu.…