Azrinaz hamil anak keempat - Utusan Malaysia

Azrinaz hamil anak keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim mengesahkan dirinya hamil anak keempat.

Menerusi hantaran di Instagram sebentar tadi, Azrinaz, 42, turut berkongsi gambar terkininya selain memberitahu kandungannya sudah masuk minggu ke 30.

“Ini bukan gambar lama, apa yang anda lihat dalam gambar sedang berlaku kini. Inilah saya dengan kandungan keempat.

“Kandungan saya kini berusia tujuh bulan lebih atau lebih tepat berusia 30 minggu.  Alhamdulillah syukur dengan rezeki untuk saya mengandung di usia ini,” katanya.

Tambah Azrinaz, dia sendiri tidak menyangka akan mengandung selepas dua tahun melahirkan anak ketiganya.

“Jujurnya saya sendiri tidak sangka akan mengandung dalam waktu terdekat selepas melahirkan Areesya Malaykha.

“Tetapi buat apa tunggu kalau boleh lakukan sekarang,” tulisnya lagi.

Merupakan perkahwinan kedua, Azrinaz dan Fairos Khan Abdul Hamid yang berkahwin pada 1 Mei 2018 dikurniakan seorang anak perempuan Areesya Malaykha, dua tahun.

Menerusi perkahwinan pertama dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah sebelum ini, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya