Sebanyak 5,718 kes sembuh, 2,720 kes baharu hari ini

5,718 kes sembuh, 2,720 kes baharu hari ini

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kes sembuh Covid-19 tertinggi sejak wabak Covid-19 melanda negara ini iaitu 5,718 kes.

Ia sekali gus mengatasi kes positif, 2,720 kes dengan lapan kematian.

Jumlah terbabit menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 224,053 kes manakala 269,165 kes positif dengan kes aktif menurun kepada 44,129 kes berbanding semalam, iaitu 49,490 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 253 kes positif yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 118 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan melebihi 1,000 kes iaitu 1,300, diikuti Johor, 451 kes; Kuala Lumpur, 318 kes; Sarawak, 193 dan Sabah, 132 kes.

“Bagi negeri lain pula, merekodkan kes dua angka kecuali Putrajaya, enam kes dan Labuan, satu kes serta Perlis, sifar kes,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya