39 dikompaun tiada surat kebenaran rentas daerah, negeri - Utusan Malaysia

39 dikompaun tiada surat kebenaran rentas daerah, negeri

MOHAMAD Mat Yusop turut turun padang memeriksa kenderaan di SJR Kilometer 10, Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu dekat Jelebu hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Seramai 39 orang individu dikompaun di negeri ini semalam atas kesalahan merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, setakat ini sebanyak 1,028 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac tahun lalu.

“Semalam, sebanyak 39 kompaun dikeluarkan yang merupakan kesalahan merentas daerah dan negeri tanpa surat kebenaran. Pada kali ini , tiada lagi arahan berpatah balik sebaliknya terus dikompaun sekiranya mereka gagal menunjukkan surat kebenaran tersebut.

“Mungkin mereka dari Kuala Lumpur atau daerah lain mereka terlepas beberapa sekatan jalan raya (SJR) tetapi apabila tiba di SJR lain mereka tidak dapat membuktikan surat kebenaran tersebut dan kami mengenakan kompaun,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Kontinjen Negeri Sembilan kepada petugas barisan hadapan Covid-19 di sekatan jalan raya Kilometer 10 Jeram Toi, Jalan Seremban-Jelebu di sini hari ini. 

Ujarnya, kegagalan mematuhi SOP iaitu tidak merekod nama ketika memasuki premis dan tidak memakai pelitup muka merupakan antara kesalahan yang paling banyak dikenakan kompaun di negeri ini.

Dalam pada itu, Mohamad berkata, orang ramai terutamanya mereka yang meraikan Tahun Baharu Cina esok diingatkan supaya mematuhi SOP agar sambutan perayaan itu berjalan lancar tanpa sebarang masalah. 

“Tindakan tegas akan dikenakan bagi mereka yang ingkar dengan SOP baharu yang diumumkan kerajaan baru-baru ini,” katanya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya