NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 37 orang terbunuh apabila sebuah bas terhumban ke dalam sebuah terusan di negeri Madhya Pradesh hari ini.
Menurut polis, kemalangan itu berlaku apabila bas tersebut yang membawa lebih 50 penumpang terbabas dan terhumban ke dalam terusan berhampiran perkampungan Satna.
Punca bas tersebut hilang kawalan masih belum di kenal pasti.
Media tempatan melaporkan bas tersebut tenggelam sepenuhnya dan pasukan penyelamat bertungkus-lumus melakukan operasi mencari serta menyelamat.
Media turut melaporkan tujuh penumpang termasuk pemandu bas terselamat selepas berenang ke darat. – AFP










