12 kontena daging kerbau guna logo halal tidak diiktiraf disita  - Utusan Malaysia

12 kontena daging kerbau guna logo halal tidak diiktiraf disita 

ISU perakuan sijil halal daging import dari Australia diragui. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) negeri menyita kira-kira 336 tan daging kerbau sejuk beku dalam pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini selepas dikesan menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf pihak berkuasa negara ini. 

Produk dari India itu disita dalam operasi selama tiga hari sehingga semalam membabitkan rampasan sebanyak 17,370 kotak produk tersebut yang dimuatkan di dalam 12 buah kontena.

Pengarah Maqis negeri, Zarina Ramli berkata, sebanyak lima kontena produk tersebut dirampas pada Isnin lalu manakala masing-masing enam dan satu kontena dirampas kelmarin dan semalam. 

“Produk dengan berat keseluruhan 335,914 kilogram dan dianggarkan bernilai RM4,277,912.38 itu disita untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya