Wanita ditahan simpan dadah bernilai RM278,000 di rumah - Utusan Malaysia

Wanita ditahan simpan dadah bernilai RM278,000 di rumah

SHEIK Azhar Sheik Omar (dua dari kanan) bersama pegawai IPD Pasir Mas menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan di tiga lokasi di Pasir Mas semalam. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang wanita ditahan disyaki memiliki 520 gram heroin dan 1,800 pil Yaba bernilai RM278,000 dalam serbuan polis ke sebuah rumah di Kampung Slow Machang, di sini malam tadi.

Dalam serbuan pukul 11 malam itu, polis turut menyita sebuah kereta dan dua buah motosikal milik suspek yang dianggarkan bernilai RM40,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kelantan, Asisten Komisioner Sheik Azhar Sheik Omar berkata, ketika serbuan suspek berada dalam rumah bersama anaknya yang berusia lima tahun.

“Hasil pemeriksaan dalam sebuah bilik menemukan dua bekas tin tidak berpenutup, salah satunya mengandungi 120 botol plastik mengandungi serbuk putih disyaki heroin.

“Bekas tin kedua pula mengandungi 1,800 pil Yaba,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas di sini hari ini.

Saringan air kencing ke atas wanita terbabit negatif , malah dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Sheik Azhar berkata, dalam dua lagi serbuan berasingan hari yang sama, polis turut merampas 1,000 biji pil Yaba dan 5.19 gram syabu serta menahan dua lelaki masing-masing berusia 29 dan 31 tahun.

Katanya, dalam serbuan pertama di Kampung Gaung, di sini, polis merampas 1,000 biji pil Yaba selepas menahan seorang lelaki berusia 29 tahun.

“Serbuan kedua di Kampung Tal Tujoh pula, kita berjaya merampas 5.19 gram syabu selepas menahan seorang lelaki dalam sebuah kereta pada pukul 9.40 malam.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan mempunyai rekod jenayah lampau penyalahgunaan dadah,” katanya.

Menurut beliau, kesemua suspek, termasuk wanita terbabit direman selama seminggu bermula hari ini sehingga 27 Januari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39(B) dan 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati mandatori. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya