KUALA LUMPUR: Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) menjelaskan tiada perkataan harian yang boleh didaftarkan sebagai jenama mana-mana produk termasuk perkhidmatan yang bertujuan menunjukkan jenis, kualiti, kuantiti, kegunaan spesifik, nilai, tempat asal geografi dan ciri-ciri lain. Jurucakap MyIPO berkata, pihaknya hanya boleh meluluskan permohonan cap dagangan sekiranya ia bukan perkataan harian seperti yang disebutkan di atas dan sebaiknya berada dalam kategori unik serta dicipta sendiri selain berbeza dengan sebarang jenama lain…










