Terengganu catat mangsa banjir tertinggi 12,899 orang - Utusan Malaysia

Terengganu catat mangsa banjir tertinggi 12,899 orang

KAMARUDDIN Abdul Rashid, 55 (kanan) dan Salmi Salim, 42, melihat sebuah kereta yang tenggelam dalam banjir ketika mendayung sampan di Kampung Chemuak, di Dungun semalam. - PIX PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Terengganu mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi hari ini iaitu seramai 12,899 orang sepanjang melalui lima fasa bencana itu sejak 17 November lalu.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, jumlah itu meningkat sehingga 3,577 orang berbanding 9,322 mangsa yang direkodkan pukul 6 petang semalam.

Katanya, setakat pukul 8 pagi ini, kesemua mangsa banjir membabitkan 3,234 keluarga itu ditempatkan di 50 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

“Kemaman masih menjadi daerah tertinggi dengan seramai 11,065 mangsa membabitkan 2,719 keluarga di ikuti Dungun (1,574 mangsa), Hulu Terengganu (207 mangsa) dan Besut (53 mangsa).

“Keadaan cuaca masih mendung di samping hujan di beberapa kawasan, bagaimanapun, kita dimaklumkan paras sungai konsisten menunjukkan trend menurun di bahagian hulu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam pada itu, Che Adam berkata, banjir yang melanda bandar Chukai sejak petang semalam disebabkan limpahan air dari hulu yang terlalu banyak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.