Tak semua rakyat perlukan potongan cukai - Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Tak semua rakyat perlukan potongan cukai – Syed Saddiq

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) berjumlah RM15 bilion yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam masih lagi berkisar tentang bantuan kerajaan melalui wang simpanan rakyat.

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rakyat yang berdepan kesukaran ketika ini memerlukan bantuan wang tunai daripada kerajaan untuk membeli keperluan asas.

Beliau berkata, kerajaan sekali lagi mengumumkan rakyat yang susah boleh mengeluarkan wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui i-Sinar yang sememangnya wang mereka dan bukan bantuan khas kerajaan.

“Apa jawapan kerajaan terhadap wang simpanan rakyat yang makin susut ini. Kalau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terus dilanjutkan sampai pertengahan tahun, simpanan wang rakyat sudah kering. Rakyat sudah susah, simpanan makin susut.

“Rakyat tidak mahu potongan cukai terhadap telefon bimbit dan laptop, mereka yang kerajaan kena bantu ini sudah tidak larat dan tak lepas pun nak bayar cukai. Semalam pun kerajaan bagi potongan cukai jualan atas kenderaan walhal rakyat yang susah sekarang tak beli pun kereta,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan bantuan Permai yang menggariskan 22 inisiatif berteraskan tiga matlamat utama adalah pakej yang menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan mempercepatkan pelaksanaan inisiatif berkaitan.

Tiga matlamat tersebut adalah memerangi wabak Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Sementara itu, ujar Syed Saddiq, beliau melihat kebanyakan pakej bantuan Permai tidak khusus kepada PKP kali kedua, sebaliknya sudah diumumkan dalam Belanjawan 2021 lalu.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan juga sepatutnya melaksanakan moratorium secara automatik seperti yang dilaksanakan sepanjang PKP pertama Mac tahun lalu.

“Saya banyak dapat aduan proses dan dokumen yang diperlukan untuk seseorang peminjam memohon moratorium sangat leceh dan menyusahkan.

“Apabila susah dan tidak faham ramai kena tanya di kaunter bank yang akhirnya dikhuatiri banyak terdedah kepada pandemik Covid-19. Kenapa kerajaan susah sangat nak bagi perlindungan moratorium secara automatik kepada semua, kalau PKP pertama boleh, kenapa sekarang tak boleh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya