Suami isteri didakwa salah guna wang syarikat RM191,000 - Utusan Malaysia

Suami isteri didakwa salah guna wang syarikat RM191,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sepasang suami isteri  mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret  di sini hari ini atas 60 pertuduhan melakukan salah guna wang pada Julai dan Ogos tahun lalu. 

Tertuduh, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, dan  isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Timbalan Pendaftar, Foon Char Peng. 

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa secara bersama, dengan curang menyalahgunakan wang milik syarikat Mandy Corporation Sdn. Bhd. yang keseluruhannya berjumlah RM191,312.70. 

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara (SPU) di sini antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020. 

Mereka didakkwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara enam bulan hingga lima tahun, sebatan dan denda. 

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM360,000 iaitu RM3,000 bagi setiap pertuduhan setiap seorang. 

Kes itu akan disebut semula pada 2 Februari depan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.