Semua bicara kes jenayah di Mahkamah Sibu dan Mahkamah Majistret Litar, Kanowit, Sarawak ditangguh - Utusan Malaysia

Semua bicara kes jenayah di Mahkamah Sibu dan Mahkamah Majistret Litar, Kanowit, Sarawak ditangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Semua perbicaraan atau pendengaran kes jenayah secara terbuka di Mahkamah Sibu dan Mahkamah Majistret Litar, Kanowit, Sarawak yang telah dijadualkan bermula esok hingga 29 Januari ini, ditangguhkan manakala penetapan tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, dalam keadaan kes-kes yang mendesak, persetujuan perlu diperoleh terlebih dahulu daripada Hakim Besar Sabah dan Sarawak untuk menjalankan perbicaraan atau pendengaran kes di mahkamah terbuka.

“Penangguhan itu dibuat selaras dengan pengumuman Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak semalam berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Bahagian Sibu yang meliputi Daerah Sibu, Kanowit dan Selangau,” ujar kenyataan itu yang dikeluarkan hari ini.

Ia menggariskan panduan pengendalian kes jenayah dan sivil sehingga 29 Januari atau sepanjang tempoh pelaksanaan PKP jika diumumkan oleh Kerajaan kelak.

Kenyataan itu menyebut, bagi pendaftaran kes baharu, pegawai penyiasat perlu memaklumkan kepada mahkamah lebih awal untuk persediaan manakala tarikh sebutan seterusnya hendaklah ditetapkan selepas tamat tempoh PKP.

Ujar kenyataan tersebut, permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah dan di bawah Akta Imigresen akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan manakala lanjutan tempoh tahanan reman akan dilakukan secara teknologi komunikasi jarak jauh.

“Pengurusan kes jenayah di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret juga dilaksanakan secara dalam talian atau persetujuan pihak-pihak yang terlibat dalam prosiding berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Bagi pengendalian kes sivil pula, kenyataan itu menjelaskan, perbicaraan dan pendengarannya juga akan dilaksanakan secara teknologi komunikasi jarak jauh seperti yang dikeluaran oleh Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 Tahun 2021.

Kenyataan itu selanjutnya menyatakan, bagi mahkamah yang menggunakan sistem e-Kehakiman, pemfailan kes baharu, notis rayuan dan dokumen-dokumen dilakukan melalui sistem e-Filing manakala mahkamah yang masih belum mempunyai sistem itu pemfailan dilaksanakan secara fizikal.

Permohonan perakuan segera Mahkamah Tinggi bagi kes-kes sivil akan dikendalikan oleh Timbalan Pendaftar (Pentadbiran/Pengurus) atau Penolong Kanan Pendaftar (Pentadbiran/Pengurus) bagi mendapat arahan lanjut Hakim atau Pesuruhjaya Kehakiman bertugas.

“Bagi permohonan perakuan segera di Mahkamah Sesyen, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Rendah akan mengendalikan dokumen perakuan segera dan mendapatkan arahan selanjutnya daripada Pengarah Mahkamah Negeri,” ujar kenyataan itu.

Agensi kerajaan, peguam dan orang awam mempunyai sebarang pertanyaan diminta menghubungi pegawai-pegawai berikut:

i) Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
Puan Amelati Parnell
Pendaftar Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
088 286100 / 019-8195908 / [email protected]

ii) Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak
Puan Egusra Ali
Pengarah Mahkamah Sabah (menjalankan tugas-tugas Pendaftar
Mahkamah Rendah Sabah dan Sarawak)
088 286100 / 016-8931397 / [email protected]

– UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya