Penduduk di Kahang rayu bekalan makanan - Utusan Malaysia

Penduduk di Kahang rayu bekalan makanan

PASUKAN penyelamat membantu membawa penduduk di Ladang Bukit Cantik, Kahang, Kluang, Johor yang terkandas akibat banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Walaupun tiada hujan sejak semalam dan keadaan banjir beransur surut, penduduk terutama dari perkampungan Orang Asli dan pekerja ladang di Kahang, dekat sini kini berdepan masalah kekurangan bekalan makanan serta keperluan harian.

Seorang penduduk di Ladang Bukit Cantik, Nurul Ain Che Salleh, 34, berkata,  mereka terpaksa mengikat perut untuk berjimat-cermat kerana laluan keluar masuk ke ladangdinaiki air banjir.

Katanya, penduduk yang mahu menyeberangi jalan berkenaan terpaksa menggunakan perkhidmatan bot disediakan penduduk Orang Asli berdekatan dengan kadar caj RM30 satu kepala.

“Kami memohon supaya pihak berkuasa memandang nasib penduduk estet dan perkampungan asli di Kahang ini kerana kami berada di kawasan pedalaman.

“Ais Sungai Kahang melimpah sejak kelmarin, walaupun sudah reda tetapi untuk surut  mengambil masa sehingga tiga minggu lamanya.

“Ada dalam kalangan kami terpaksa mencatu bekalan makanan dan ada keluarga yang mempunyai anak kecil kehabisan lampin pakai buang,” katanya di sini hari ini.

Katanya, terdapat seramai 80 penduduk terkandas di Ladang Bukit Cantik iaitu 25 orang sudah berkeluarga, 20  bujang selain 35 rakyat asing termasuk warga Indonesia.

Dalam pada itu, Ketua Zon 3 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Ahmad Murad Saat berkata, pihak berkuasa menjalankan Pergerakan Misi Bantuan Orang Asli di Kampung Puchur, Sungai Peroh dan Berasau hari ini.

“Misi ini membabitkan kerjasama pegawai dan anggota serta kemudahan aset Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

“Dalam misi ini kami menghantar bantuan bekalan makanan kering dengan menggunakan bot bot jabatan dan pasukan berkenaan,” katanya.

Dalam pada itu, menurut menurut jurucakap Agensi Pertahanan Awam Malaysia, pihaknya menganggarkan seramai 88 Orang Asli dari Kampung Puchur, 119 orang Asli Kampung Sungai Peroh dan 67 orang Asli Berasau terjejas akibat kejadian banjir. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya