Pelan Vaksinasi Kebangsaan dimuktamad Khamis ini - Utusan Malaysia

Pelan Vaksinasi Kebangsaan dimuktamad Khamis ini

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid-19 pada Khamis ini akan memuktamadkan Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang bermula bulan hadapan supaya berjalan lancar.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berkata, mesyuarat berkenaan dipengerusikannya secara bersama dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Katanya, jawatan kuasa tersebut akan cuba memuktamadkan pelan itu selepas vaksin Covid-19 dijangka tiba ke negara ini Februari ini.

“Vaksin yang kita beli ini sudah diuji melalui ujian klinikal yang diberikan kepada puluhan ribu individu sebelum ia mendapat kelulusan. Jadi, bila sampai di Malaysia ia tidak perlu diuji lagi,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagaian Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau Tahun 2020 dekat sini hari ini.

Sebelum ini, beliau berkata, Pelan Vaksinasi Kebangsaan yang dibentangkan Jemaah Menteriawal Januari 2021 yang melibatkan antaranya soal hospital mana yang rakyat boleh mendaftar untuk mendapatkan vaksin serta berhubung soal pengangkutan dan penyimpanan vaksin Covid-19.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, pihaknya sudah melaksanakan program rintis untuk membersihkan kawasan sesak bagi mengurangkan kes penularan Covid-19.

Malah menurutnya, aplikasi mySejahtera juga akan membantu untuk mengingatkan rakyat untuk bila dan di mana mereka mendapatkan vaksin berkenaan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memberi jaminan kerajaan akan memastikan bekalan vaksin yang berkesan, selamat dan mencukupi untuk sekurang-kurangnya 80 peratus rakyat negara ini.

Beliau berkata, vaksin itu juga akan diberi secara percuma kepada rakyat melalui tiga fasa imunisasi dikendalikan Kementerian Kesihatan.

Semalam, Dr. Adham berkata, vaksin Covid-19 fasa pertama akan mula diagih dan disuntik kepada kira-kira satu juta rakyat negara ini bermula bulan depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya