Orang Melayu disaran aktif berniaga - Utusan Malaysia

Orang Melayu disaran aktif berniaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,

ISU menipu logo halal harus segera diambil tindakan oleh pihak penguatkuasa kerana ia bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana melibatkan hukum dalam Islam.

Halal bermaksud makanan yang dibenarkan atau tidak dilarang pengambilannya dalam Islam yang mematuhi aspek makanan yang baik dan bersih selain berkaitan cara penyembelihan yang dibenarkan Islam.

Begitu juga, apabila ia berhubung dengan makanan atau apa jua bentuk dalam perjalanan perdagangan atau perniagaan perlu tertera logo halal bagi menunjukkan ia boleh di makan atau digunakan oleh orang Islam.

Salah satu cara untuk mengatasi penipuan ini adalah dengan menggalakkan bangsa Melayu mempunyai syarikat dalam industri makanan bagi membolehkan makanan atau barangan halal dari luar ke negara ini.

Cara ini bagi mengelakkan dari berlaku lagi penipuan logo Halal disalah guna oleh pihak tertentu.

Jika sekiranya syarikat Islam kekurangan modal untuk mengendalikan perniagaan tersebut, saya mencadangkan agar syarikat koperasi ditubuhkan.

Buat permulaan, sahamnya hendaklah dijual kepada rakyat Malaysia bertujuan mengelakkan daripada disabotaj oleh pihak tertentu yang sudah lama bertapak di luar negara.

OMAR LOLO
Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya