Muhyiddin hadir pengerusikan Mesyuarat MPT Bersatu - Utusan Malaysia

Muhyiddin hadir pengerusikan Mesyuarat MPT Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tiba di ibu pejabat parti itu di sini malam ini bagi mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tinggi (MPT).

Beliau tiba di Yayasan Selangor pada 8.25 malam tadi diiringi oleh Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Yang hadir sama Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, Datuk Saifuddin Abdullah, Zuraida Kamaruddin, Datuk Seri Rina Harun dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Mesyuarat MPT Bersatu malam ini dijangka membincangkan usaha untuk menyelesaikan masalah rakyat berhubung bencana banjir yang melanda di beberapa negeri seperti Pahang dan Johor ketika ini.

Namun, Bersatu berdepan persoalan mengenai hubungannya dengan UMNO yang seolah-olah semakin goyah kebelakangan ini.

UMNO turut mengadakan mesyuarat malam ini menerusi Majlis Tertinggi (MT) yang dijangka membuat keputusan mengenai pendirian parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN), termasuk kerjasama dengan Bersatu.

Ini selepas 189 daripada 191 bahagian akar umbi UMNO menolak kerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Penolakan itu disusuli dengan peletakan jawatan Pengerusi UMNO Bahagian Kelantan, Ahmad Jazlan Yaakob selaku pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) selepas menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar segera membubarkan Parlimen.

Ia diikuti dengan pemecatan Tan Sri Annuar Musa selaku setiausaha agung Barisan Nasional (BN) dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Bagaimanapun selepas dipecat, Annuar mendedahkan bahawa surat sokongan yang ditandatangani oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan surat yang tulen.

Beliau juga mendakwa terdapat gerakan dalam UMNO yang mahu menjalinkan kerjasama dengan DAP, malah mendakwa Zahid enggan mendaftarkan gabungan Muafakat Nasional (MN) bersama Pas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.