Mesyuarat Biro Politik UMNO selesai, ahli membisu - Utusan Malaysia

Mesyuarat Biro Politik UMNO selesai, ahli membisu

AB. RAUF YUSOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua-Ketua UMNO bahagian enggan berkongsi perkara yang dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik UMNO walaupun mengambil masa hampir tiga jam sejak mesyuarat itu berlangsung pukul lima petang tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Beberapa perwakilan dilihat terus berlalu keluar diiringi pegawai masing-masing ke pintu hadapan bangunan tanpa memberi sebarang kenyataan jelas berhubung intipati dalam mesyuarat tersebut walaupun sudah diasak berkali-kali oleh petugas media.

Ketika ditanya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh hanya ‘bermain teka-teki’ dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Mana boleh beritahu apa yang kami bincang dalam mesyuarat tadi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said turut mengambil langkah sama dan bergegas keluar bangunan selain mengelak daripada pertanyaan media yang sudah berkumpul beberapa jam sebelum mesyuarat itu berlangsung.

Kurang dari sejam lagi, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dijangka berlangsung bagi membincangkan beberapa perkara mustahak yang dikaitkan dengan pendirian parti itu sama ada terus menyokong Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau sebaliknya.

Ia antara lain membincangkan hal yang masih kabur sama ada UMNO mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) terutama DAP dan PKR. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya