Mangsa banjir di Johor terus menurun - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Johor terus menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini terus mencatatkan penurunan dengan seramai 2,260 mangsa banjir masih ditempatkan di 21 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat pukul 6 petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah mangsa tersebut terdiri daripada 559 buah keluarga di enam daerah dalam negeri ini.

Beliau berkata, jumlah itu mencatatkan penurunan berbanding 2,292 mangsa daripada 569 keluarga yang dikemas kini pada pukul 12 tengah hari tadi.

“Kota Tinggi kekal menjadi daerah paling teruk terjejas ketika ini dengan seramai 1,048 mangsa masih ditempatkan di sembilan PPS yang masih dibuka.

“Sementara itu, mangsa banjir di Kluang berkurangan kepada 685 mangsa 170 keluarga di tiga PPS setakat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Vidyananthan berkata, setakat ini, sebanyak enam daerah masih terjejas iaitu Johor Bahru, Segamat, Mersing, Kluang, Kota Tinggi dan Batu Pahat.

Manakala daerah Pontian, Muar, Tangkak dan Kulai tidak merekodkan sebarang mangsa banjir ketika ini.

Beliau berkata, hanya daerah Mersing sahaja mencatatkan pertambahan mangsa kepada 346 mangsa daripada 90 keluarga dengan sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan Teriang.

Tambahnya, hanya dua jalan masih ditutup kepada pengguna iaitu Jalan Mawai Lama di Kota Tinggi dan Jalan Haji Suhud di Johor Bahru.

“Tiada laporan korban banjir terbaharu dilaporkan di negeri ini menjadikan angka kematian kekal melibatkan tiga individu berusia lingkungan 20 hingga 61 tahun bagi kes di Kluang,” ujarnya. _ UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya