Lelaki ditahan berlagak polis - Utusan Malaysia

Lelaki ditahan berlagak polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan seorang lelaki menggunakan identiti menyerupai pegawai polis di sebuah taman perumahan di sekitar Kajang tumpas apabila dia akhirnya ditahan.

Lelaki berusia pertengahan 40-an yang merupakan ketua sebuah pertubuhan ditahan berhubung kumpulan yang disertainya itu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, pada awalnya, tular beberapa gambar dan rakaman video menerusi aplikasi WhatsApp menunjukkan beberapa individu menjalankan tugas rondaan menggunakan identiti menyerupai pegawai polis.

Kata beliau, susulan itu, satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, kelmarin sebelum tangkapan dilakukan.

“Laporan polis itu dibuat ekoran isu yang dibangkitkan pihak tertentu berhubung tindakan ahli pertubuhan terbabit yang dikatakan bertindak sendirian tanpa seliaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Hasil daripada itu, kita kemudiannya mengenal pasti individu yang dilihat dalam gambar dan rakaman video yang tular itu sebelum kita merampas pakaian seragam pertubuhan yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaid menambah suspek direman sehingga esok dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 89(c) Akta Polis, Seksyen 25 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 26 Akta Rukun Tetangga.

“Selain itu, kita juga kini sedang mengesan ahli pertubuhan itu untuk membantu siasatan polis.

“Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung gambar dan video yang tular itu supaya berhubung dengan mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Norazwan di talian 013-3928357,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya