KUALA LUMPUR: Dianggarkan hampir 10,000 graduan pendidikan universiti awam (UA) menganggur kerana belum menerima penempatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 dalam tempoh beberapa tahun sehingga sekarang. Bilangan tersebut berdasarkan kutipan data terakhir oleh Gerakan Graduan Pendidikan Universiti Awam (GGPUA) pada Januari 2020 yang menyaksikan sekurang-kurangnya 4,390 graduan mendakwa mereka masih menunggu surat tawaran penempatan di mana-mana pusat pendidikan tetapi hampa. Statistik Pengajian Tinggi 2016 oleh Kementerian Pengajian Tinggi pula…










