Laluan LPT1 persimpangan bertingkat Sri Jaya-Gambang dibuka - Utusan Malaysia

Laluan LPT1 persimpangan bertingkat Sri Jaya-Gambang dibuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Laluan di kilometer 198 antara persimpangan bertingkat Sri Jaya dan persimpangan Bertingkat Gambang yang dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter pagi tadi telah dibuka kepada semua kenderaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laluan itu kembali dibuka selepas air yang melimpahinya surut sepenuhnya petang ini. 

Pemegang konsesi Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1), ANIH Berhad dalam kenyataannya berkata, laluan yang dibuka kembali itu melibatkan laluan kedua-dua hala iaitu menghala ke Timur dan juga Kuala Lumpur. 

“Sehubungan dengan itu, pengguna dinasihatkan untuk terus mematuhi arahan petugas di lokasi.

” Syarikat turut menasihatkan orang ramai agar mengikuti status dan perkembangan perkara ini menerusi saluran rasmi ANIH iaitu twitter @LPTTrafik dan Facebook @Lebuhraya Pantai Timur,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN