Kutip `ufti’ restoran, polis cari empat lelaki  - Utusan Malaysia

Kutip `ufti’ restoran, polis cari empat lelaki 

Empat lelaki dicari polis bagi membantu siasatan kes gaduh di sebuah restoran di Pandamaran, Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis mencari empat lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kumpulan samseng membuat kecoh di  sebuah restoran di Pandamaran Ahad lalu untuk mengutip `ufti’ .

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pergaduhan berlaku  apabila sekumpulan lelaki datang ke restoran tersebut untuk meminta wang pelindungan daripada pemiliknya pada  pukul 11.50 malam.

Bagaimanapun, menurut beliau, pemilik restoran tersebut enggan `membayar’ menyebabkan kumpulan itu memanggil lebih ramai rakannya.

“Kumpulan terbabit kemudian memecahkan barang-barang di dalam restoran dan menyerang orang awam yang sedang makan,” kata beliau dalam kenyataan semalam.

Katanya, selepas kejadian itu, polis menahan tujuh lelaki berusia 22 hingga 57 tahun dalam beberapa siri serbuan di sekitar Pandamaran bermula pukul 8 malam sejak Isnin lalu.

Shamsul Amar berkata, siasatan mendapati kesemua suspek dipercayai daripada kumpulan samseng dan tidak menolak kemungkinan ada penglibatan dengan kongsi gelap.

“Kumpulan ini dipercayai aktif sejak pertengahan tahun lepas. Kita sedang memburu empat lagi individu.

“Mereka yang berusia 20 hingga 34 tahun ialah Tan Chee Siang; Tey Kok Chun; Hew Chee Chong dan Tan Chee Kin,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Asisten Superintenden Zamrus Zakaria di talian 019-689 2777 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di talian 03-33762 222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya