GEORGETOWN: Nasib seorang warga emas yang ditinggalkan darah dagingnya di sebuah rumah jagaan persendirian di Jalan York, di sini sejak tahun lalu mendapat perhatian sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Surplus Pulau Pinang. Kehadiran NGO yang diketuai Pengerusinya, Sophian Mohd. Zain di rumah lot berkenaan, baru-baru ini mengundang sebak warga emas itu yang mahu dikenali sebagai Ali. Lelaki berusia 50-an itu tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja kumpulan NGO terbabit mendekatinya…










