Intan, Harris nikah 6 Februari - Utusan Malaysia

Intan, Harris nikah 6 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Harris Alif, 21, dan kekasihnya, pelakon , Intan Ladyana, 38 bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 6 Februari depan.

Memberitahu persiapan majlis mereka ini sudah bermula sejak Julai tahun lalu, kata Harris dia turut bersyukur mendapat restu daripada dua belah keluarga.

“Sebenarnya selepas beberapa bulan berkenalan, saya bersama keluarga ke rumah Intan untuk merisik. Selepas berbincang kami memilih tarikh 6 Februari depan untuk disatukan.

“Kami akan mengadakan empat majlis termasuk malam berinai, majlis pernikahan, resepi, dan majlis bertandang,”katanya.

Sementara itu, Intan pula memberitahu dia sendiri tidak menyangka perkenalan yang berlaku tahun lalu membuka ruang untuk dia menjadi isteri kepada Harris kini.

“Soal jodoh ini rahsia Allah, memang di awal juga saya tidak sangka akan ke fasa ini,” jelasnya.

Pasangan ini akan dinikahkan di sebuah masjid di ibu kota, Kuala Lumpur yang akan turut mendapat tajaan barangan kemas jenama terkemuka, Ceres Jewel bernilai RM13.5 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.