Hulu Bernam, Bestari Jaya dinaiki air, 190 mangsa dipindahkan - Utusan Malaysia

Hulu Bernam, Bestari Jaya dinaiki air, 190 mangsa dipindahkan

RUMAH penduduk berhampiran Sungai Bernam yang dinaiki air di Hulu Bernam, Selangor, hari ini. - GAMBAR IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan dua kawasan iaitu di Hulu Bernam, Hulu Selangor dan Bestari Jaya, Kuala Selangor dinaiki air.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, di Hulu Bernam, air naik antara 0.6 meter hingga 1.2 meter.

Menurutnya, kawasan yang dinaiki air ialah Kampung Sekolah, Kampung Masjid, Kampung Paya Lebar dan Kampung Sungai Nilam.

“Banjir terjadi berikutan limpahan air dari Sg. Bernam dan setakat ini seramai 190 mangsa membabitkan 39 rumah telah dipindahkan ke penempatan sementara di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Selisek.

“Air naik ke kediaman mangsa berdasarkan lokasi kawasan sama ada rendah atau tinggi serta kedudukan rumah yang berhampiran dengan sungai.

“Buat masa ini, di Hulu Bernam terdapat anggota kita telah berada di sana yang diketuai Ketua Bomba Daerah Hulu Selangor, Samsol Maarif Saibani,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Norazam berkata, di Bestari Jaya pula, pemerhatian mendapati air naik di dua kawasan iaitu di Kampung Sri Sentosa dan Parit Mahang.

“Bagaimanapun, buat masa ini keadaan masih terkawal dan tiada perpindahan.

“Kira-kira 40 anggota dan pegawai terlibat terdiri daripada Bomba, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam(APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela). Kita mengingatkan orang ramai supya berhati-hati dan menjaga keselamatan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya