Eksekutif wanita ditipu ah long - Utusan Malaysia

Eksekutif wanita ditipu ah long

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang eksekutif swasta berusia 39 tahun di Raub dekat sini mengalami kerugian RM3,748 apabila ditipu sindiket ah long.

Kejadian bermula pada 23 Januari lalu selepas wanita itu menghubungi syarikat ah long yang beralamat di Melaka untuk membuat permohonan pinjaman wang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa bersetuju membuat pinjaman RM150,000.

“Setelah berbincang dengan lelaki bernama Jacky dan menghantar semua dokumen yang diperlukan, mangsa bersetuju memohon pinjaman daripada syarikat itu.

“Jacky memaklumkan bahawa pengurus beliau dikenali sebagai Lim menggantikannya untuk berurusan dengan mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Wazir berkata, beberapa minit kemudian mangsa menerima panggilan telefon daripada Lim dan diminta membayar caj cukai setem sebanyak RM2,668.

“Setelah membuat bayaran ke akaun yang diberikan, mangsa berasa curiga dan memaklumkan kepada Lim untuk membatalkan permohonan pinjaman.

“Lim meminta pula bayaran RM1,080 yang merupakan caj pembatalan permohonan pinjaman yang perlu dimasukkan ke dalam akaun berlainan,” tambahnya.

Meskipun curiga terhadap urusan tersebut, mangsa tetap membuat bayaran caj pembatalan seperti diarahkan Lim.

Mangsa tampil membuat laporan di Balai Polis Cheroh semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.