Batal SPM, cadangan 'kebudak-budakan’ - Utusan Malaysia

Batal SPM, cadangan ‘kebudak-budakan’

MOURHRNA A. REDDY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Cadangan supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibatalkan yang diutarakan oleh Pengerusi Jawatankuasa DAP Sarawak, Chong Chieng Jen disifatkan sebagai terlalu ‘kebudak-budakan’.

Jurucakap equality Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Mourhrna A.Reddy berkata, hal pendidikan tidak seharusnya dikucar-kacirkan dengan agenda politik kepartian.

Beliau berkata, cadangan Chieng Jen juga dilihat tidak masuk akal berikutan peperiksaan besar seperti SPM tidak boleh dibatalkan sesuka hati.

“Saudara, kalau ya pun nak memberi cadangan, janganlah memberi cadangan seperti kanak-kanak.

“Kalau ya pun nak bantu pelajar, bantulah dengan cara yang munasabah dengan memberi pendekatan yang efektif untuk score (cemerlang) dalam SPM,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini dilaporkan, Chieng Jen meminta agar SPM 2020 yang ditangguhkan ke Februari ini, sewajarnya dibatalkan sahaja.

Katanya, sebaliknya, sijil harus dikeluarkan berdasarkan penilaian guru terhadap keputusan ujian terdahulu, peperiksaan percubaan, dan kerja kursus.

Jelasnya lagi, beliau telah menghantar surat rayuan kepada Menteri Pendidikan, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin mengenai cadangan itu.

Dalam pada itu, Mourhrna turut memberitahu, Gerakan telah melancarkan program SPM Success Virtual Tuition secara percuma bagi semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan berkenaan.

“Program ini dilancarkan pada bulan Julai yang lalu dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dikalangan para pelajar dari seluruh Malaysia.

“Walau apapun, kita harus kekalkan standard SPM supaya sistem pendidikan negara kita sentiasa bertaraf dunia tidak akan dipertikaikan oleh mana mana pihak,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya