Banjir: SOP ketat babitkan proses pemindahan mangsa - Utusan Malaysia

Banjir: SOP ketat babitkan proses pemindahan mangsa

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak 4, 983 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diatur gerak ke negeri-negeri yang dilanda banjir menerusi Ops Murni bagi membantu proses pemindahan mangsa.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua anggota yang terlibat telah ditugaskan sejak 5 Disember lalu di beberapa kawasan dikenal pasti terjejas terus akibat bencana tersebut.

Katanya, selain anggota, beberapa aset penting termasuk sepuluh  Jambatan Bailey digunakan  sebagai jambatan sementara.

“Kita juga akan gerakkan 226 trak satu tan;  538 trak tiga tan;  tujuh trak lima tan; 29 buah trak tujuh tan dan 188 buah bot tempur.

“Selain itu, kita turut menugaskann dua buah bot CB 90; tiga Rigid Hull Inflatable Boat (RHIB) dan enam helikopter sebagai persediaan memberi bantuan pemindahan mangsa serta barangan penting yang lain,” katanya dalam sidang akhbar di Kementerian Pertahana hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, prosedur operasi standard (SOP)  pemindahan mangsa banjir akan dilaksanakan dalam operasi berkenaan.

“Kita akan pastikan semua SOP dipatuhi  termasuk jumlah mangsa di  tempat pemindahan ikut yang tidak terlalu sesak,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya