26 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Batu 10, Skudai - Utusan Malaysia

26 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Batu 10, Skudai

ANTARA penduduk Kampung Laut, Batu 10, Skudai yang dipindahkan selepas kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 26 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan selepas rumah mereka di Kampung Laut, Batu 10, Skudai, di sini dinaiki air akibat hujan lebat sejak awal pagi ini.

Komander Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Riduan Akhyar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 12.37 tengah hari.

Katanya, seramai 11 anggota beserta dua buah jentera bomba ditugaskan  ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati beberapa rumah  dinaiki air setinggi 0.6 meter  dan paras air masih terus meningkat.

“Sehubungan itu seramai 26 mangsa  diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu 10, Skudai,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, mangsa yang dipindahkan termasuk dua warga emas, empat kanak-kanak dan seorang bayi. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya