2,000 guna feri bot laju Pulau Pinang pagi ini - Utusan Malaysia

2,000 guna feri bot laju Pulau Pinang pagi ini

TAN Teik Cheng (kanan) menyambut penumpang yang menggunakan feri bot laju pada hari pertama beroperasi di Terminal Swettenham Pier Cruise, Georgetown, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kira-kira 2,000 pengguna menaiki perkhidmatan baharu feri bot laju Pulau Pinang setakat pukul 10 pagi ini iaitu pada hari pertama beroperasi menggantikan feri ikonik. 

Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Datuk Tan Teik Cheng berkata, rata-rata pengguna berpuas hati dengan perkhidmatan itu. 

“Bermula pukul 6.30 hingga 10 pagi tadi terdapat 16 perjalanan feri bot laju dengan anggaran 2,000 pengguna daripada keseluruhan 80 trip hari ini. 

“Kita jangkakan lebih ramai pada sebelah petang memandangan hari ini adalah cuti umum,” katanya kepada pemberita ketika melakukan tinjauan hari pertama perkhidmatan itu di sini pagi ini. 

Perkhidmatan tersebut hanya mengambil masa perjalanan kira-kira 10 minit di antara Pangkalan Sultan Abdul Halim, Butterworth dengan Terminal Swettenham Pier Cruise di sini. 

Feri bot laju yang berkapasiti 200 orang itu digunakan bagi tempoh interim sehingga Jun 2022 sebelum diganti dengan katamaran atau bas air. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya