1,422 mangsa banjir Johor masih di PPS - Utusan Malaysia

1,422 mangsa banjir Johor masih di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Walaupun hujan masih renyai-renyai di beberapa daerah di negeri ini, angka mangsa banjir mencatatkan penurunan apabila hanya tinggal seramai 1,422 mangsa ditempatkan di 16 buah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di seluruh Johor.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, mereka yang terdiri daripada 363 buah keluarga itu adalah mangsa di Johor Bahru, Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat.

“Jumlah mangsa banjir mencatatkan pengurangan berbanding 2,260 orang pada pukul 4 petang semalam dan Kluang menjadi daerah paling teruk terjejas ketika ini apabila seramai 688 mangsa ditempatkan di tiga PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sementara itu, dua jalan masih ditutup kepada pengguna iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing dan Jalan Haji Suhud di Johor Bahru. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya