Wisma W. Shalihudin runtuh, tiga cedera - Utusan Malaysia

Wisma W. Shalihudin runtuh, tiga cedera

RUNTUHAN di bangunan Wisma W. Shalihudin di Setapak, Kuala Lumpur yang mengakibatkan tiga pekerjanya cedera.- IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga pekerja warga asing cedera akibat dihempap selepas bangunan di Jalan Perusahaan Kiri, Setapak di sini yang dalam kerja baik pulih runtuh.

Dalam kejadian itu, seorang pekerja 38 tahun cedera ringan selepas berjaya menyelamatkan diri, namun dua rakannya berusia 28 tahun dan 36 tahun dihempap runtuhan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.27 tengah hari tadi.

Menurutnya, sebanyak lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setapak dikejarkan ke lokasi.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika pekerja sedang melakukan kerja baik pulih bangunan dan tiba-tiba, kami mendapati berlaku runtuhan.

“Anggota bertindak pantas mengeluarkan mereka yang cedera di kepala selain patah kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, semua mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan operasi tamat sepenuhnya pada 1.41 petang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya