Video mengaji pelajar 13 tahun dapat permintaan - Utusan Malaysia

Video mengaji pelajar 13 tahun dapat permintaan

NOR Azura Wati Abdul Rahman merakam lebih 10 video bacaan al-Quran ayat pilihan mengikut permintaan Mohammad Azaim Azman di Taman Semarak Nilai, Negeri Sembilan. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pelajar Sekolah Menengah Agama Datuk Haji Mustafa, Batu Kikir, Jempol, tidak menyangka mendapat permintaan daripada banyak pihak untuknya membuat video mengaji ayat-ayat al-Quran.

Mohammad Azaim Azman, 13, berkata, permintaan itu diperolehnya selepas ibunya, Nor Azura Wati Abdul Rahman, 45, berkongsikan rakaman videonya mengaji kepada rakan-rakannya.

Johan pertandingan qasidah peringkat Negeri Sembilan itu berkata, kemudian terdapat permintaan daripada beberapa pihak agar dia membuat video mengaji dengan sebutan bacaan yang tepat.

Malah, rakan-rakannya juga juga ada membuat permintaan untuknya membuat video bacaan ayat-ayat tertentu seperti al-Mulk, al-Waqiah, al-Baqarah dan al-Imran.

“Sebelum ini saya tinggal di asrama sekolah dan ada juga mengajar rakan-rakan mengaji. Apabila pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah, ada permintaan daripada kawan-kawan dan juga kawan-kawan ibu untuk saya menghasilkan video mengaji.

“Video ini jarang dikongsikan secara umum namun dibuat mengikut permintaan dan secara peribadi sahaja dikongsikan ibu tanpa sebarang bayaran. Hingga kini, sudah lebih 10 video kami hasilkan bagi memenuhi permintaan mendengar bacaan ayat al-Quran,” katanya ketika ditemui di Taman Semarak, Nilai, dekat sini, baru-baru ini.

Mohamad Azaim yang juga pemenang Anugerah Emas Dikir Arab, Festival Muzikal Peringkat Kebangsaan tahun lalu berkata, sememangnya wajar bagi seorang pelajar untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah apatah lagi ia juga mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Malah, menurutnya, dia cukup bertuah kerana ibunya sering memberi sokongan dan sanggup merakamkan bacaannya.

“Banyak pihak yang memberi galakan kepada saya untuk menyebarkan ilmu melalui rakaman video antaranya ustazah Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.