Tiga bayi cipta rekod perubatan negara - Utusan Malaysia

Tiga bayi cipta rekod perubatan negara

HAZIM Syafi Hashazuraimy sedang mendapat vaksin imunisasi pneumokokal disaksikan Adham Baba di Klinik Ibu dan Anak Raub, Pahang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB: Tiga bayi berusia empat hingga lapan bulan di sini mencipta rekod perubatan negara apabila menjadi ‘individu pertama’ menerima imunisasi pneumokokal yang dilancarkan kerajaan, hari ini.

Proses suntikan imunisasi berkenaan kepada ketiga-tiga bayi tersebut disaksikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub, di sini.

Kanak- kanak pertama mendapat suntikan vaksin tersebut ialah Hazim Syafi Hashazuraimy berusia lapan bulan yang lahir pada 25 Mac lalu.

Kanak-kanak kedua pula ialah Saaza Qalesya Shamsul Lizam, berusia lima bulan yang lahir pada 1 Julai lalu manakala kanak-kanak ketiga, Muhd. Aula Sidqi Mohd. Afiz Syahmi yang berusia empat bulan.

Dr. Adham berkata, imunisasi pneumokokal penting kepada kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah kerana berisiko dijangkiti radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang paru-paru, radang selaput otak dan saraf tunjang serta jangkitan bakteria dalam darah yang membawa kematian.

“Saya akan menyimpan dan mengingati tiga nama kanak-kanak ini kerana mereka adalah orang pertama di Malaysia yang mendapat suntikan vaksin imunisasi pneumokokal.

“Saya berdoa ke hadrat Allah SWT agar mereka membesar dengan sihat dan bijak dalam pelajaran serta menjadi bijak pandai seperti doktor,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Imunisasi Pneumokokal Peringkat Kebangsaan di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Raub, di sini hari ini.

Menurut Adham, golongan ibu bapa yang mana anak-anak mereka belum mendapat imunisasi dinasihatkan membuat temujanji dengan klinik kesihatan kerajaan terdekat untuk mendapatkan suntikan vaksin pneumokokal. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya